assalamualaikum semua. ok entry kali ni aku nak kongsi tentang sifat cemburu. setiap insan dikurniakan dengan perasaan cemburu. sekiranya ada dikalangan kita yang tidak pernah berasa cemburu, itu abnormal namanya. bukan apa, perasaan cemburu ini semestinya wujud di dalam diri kita tidak kira sama ada lelaki ataupun perempuan kerana perasaan itu adalah fitrah manusia. walaupun sedikit perasaan itu pasti akan terbit dari lubuk hati kita yang bergelar insan. sifat cemburu ini boleh diklasifikasikan dalam beberapa kategori dan pelbagai cara boleh di praktik untuk mengatasi perasaan ini.
pendapat umum banyak menyatakan perempuan lebih bersikap cemburu dari lelaki. mungkin juga benar kerana perempuan lebih sensitif dan berhati lembut berbanding lelaki. mari kita sama2 menyelami perasaan itu dan kenalpasti tahap cemburu yang ada dalam diri kita.
Cemburu buta.
- selalunya wanita yang akan di kaitkan dengan perkataan ini. jarang sekali lelaki dikaitkan dengan perkataan ini. mengapa harus cemburu membabi buta ? sebab utama adalah sudah pastinya kita terlalu sayangkan pasangan kita. cemburu melihat pasangan bermesra dengan orang lain, cemburu mendengar kekasih melebih-lebihkan orang lain dan cemburu pasangan mencerita perihal orang lain. sebagai pasangan memang perlu ada perasaan cemburu TETAPI jangan sampai cemburu mengawal minda dan tingkah laku anda.
ni jela sedikit sebanyak yang aku boleh kongsi..
to be continue~



No comments:
Post a Comment