Monday, May 6, 2013

my self Only

assalamualaikum dan selamat malam wahai blog ku syg.. long time no update..
tak tau nak update ape la, agak busy lately =D

so today is 6.o5.2o13.. semalam baru saja berakhir PRU13, semua dah settle, syukur lah kan. yang mana jadi kerajaan, jalankan tanggungjawab anda dgn baik. ok ?

sebenarnya xda apa sangat pon yang aku nak cerita. aku niy bukan retis, bajet nak update blog selalu. tapi niy jela tempat yang aku ada untuk  menumpang kasih. cewah

aku dah dapat kerja, x semegah mana pon, hanya sekadar kerja, tapi aku bersyukur la. niy je rezeki aku kan. dah nak raya niy, kena la cari duit banyak2.. ye kan

dalam perancangan untuk menjadi photographer, harap2 sangat tercapai. bukan apa, benda dh minat kan.. wish me luck

kisah cinta, nothing to say larh.. single but no available =D





SILA MEMBACA LAGI, KAMSAHAMIDA..

Wednesday, May 1, 2013

engagement

assalamualaikum dan selamat malam..

fuuhh,, agak letih hari ini. sebab ? hari niy 1.o5.2o13 adalah hari pertunangan my BFF.. dalam ramai2 BFF aku, niy yang 1st bertunang dan bakal berkahwin kelak. Insya Allah.

lepas niy siapa pulak eyh, aku pon tertanya2 jugak la. kita tunggu dan lihat jela k. sebenarnya malas nak tulis banyak sangat, mood pon tak berapa nak ada. al Maklumlah agak letih. huhu =)

majlis yang di jalankan agak sederhana, tak baik membazir kan. so buat kecil- kecilan je. bukan retis pon yang nak buat majlis gah bagai. cukup lah sekadar memenuhi syarat =D

seriously aku rasa agak bahagia hari ni, yela BFF bertunang kan, aku pon nak ambik berkat jugak. hohoho.. mana taw aku pulak ka lepas ni, tapi..... calon belum ada =(

di temani BFFs yang lain, kami pon membawa dia pergi make up. memang enjoy dengan kerenah2 membe2 yang "gila2" tuw.

malas nak cakap banyak, layan jela pic yang ada.


















4 gadis biru bersaudara ^_^

so sampai setakat niy jela yang dapat aku kongsikan..

~ sayonara




SILA MEMBACA LAGI, KAMSAHAMIDA..

Saturday, April 27, 2013

hangOut with buddy

assalamualaikum dan salam satu malaysia.

ehem ehem... testing suara.. 1 2 3..

ok lama jugak lah aku tak menjengah ke terasak usang ku ini.. dah hampir bersarang dh.. so sekarang masa membersihkan sarang2 yang ada niy.. hehe

sebenarnya takda apa yang nak di ceritakan sangat pon.. hanya sekadar memenuhi syarat mengpublish je.. ahakz

Baru2 niy my BFF balik dari uni dia, dia belajar kat UMT,, alaa uni terengganu tuw. so bila buddy dah balik, ni la masa nak gi jenjalan,, lepak2 pon. aku jarang sangat dh keluar sekarang, so bila dah ada member, gunakan jela peluang yang ada untuk melepaskan tekanan.

Lokasi lepak2 kami tak jauh pon, kami keluar pergi landmark Giant Kulim je. tempat tak penting, yang penting enjoy. tak gitu ??





muka ku yang agak buruk.. =P


suka sangat menayang apa yang dia makan ^_^

this is me =D





so ni jela yang aku boleh kongsi.. banyak lagi pic tapi dah tak larat nak upload lagi..

sayonara~








SILA MEMBACA LAGI, KAMSAHAMIDA..

Wednesday, April 24, 2013

mencari kekuatan di sebalik kelemaha

Sesungguhnya hidup dan matiku hanyalah untukMu,
Cukuplah Kau pendampingku dalam hidupku, Ya Allah.
Kadangkala rasa lemah itu menyapa diri.
Ujian-ujian yang datang bertimpa-timpa, kadang kala membuatkan ku rebah dan tersungkur.
Terkadang, cukup hanya dengan satu ujian yang datang menerpa. Namun, beratnya sudah cukup membuat ku kehilangan arah.

Jika ku berjaya bangun, dan kembali menyusun langkah, Alhamdulillah.
Namun, terkadang, kejatuhan yang ku alami itu seakan-akan meragut segala daya dan upaya ku. Tenaga yang bersisa pun entah hilang ke mana, lantaran harapan buat hari esok yang sudah semacam tiada. Lalu, masihkah ada sinar harapan buat ku bangkit kembali?

Ya Allah, kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala ujian mu. Aku hanyalah hambaMu yang lemah, yang memerlukanmu. Jika memang telah Kau tulis bukan dia milik ku, maka aku mohon Kau jauhkan lah dia dariku dan Kau jauhkan lah aku darinya.

Aku tidak mengharapkan insan yang sempurna, cukup lah sekadar mereka yang mampu membawaku ke jalanMu dan tahu bagaimana untuk menghargaiku.

Jadi, bersangka baiklah kepada Allah S.W.T atas ujian yang menimpa kita. Dia mahu kita kembali kepadaNya.


SILA MEMBACA LAGI, KAMSAHAMIDA..

Friday, March 29, 2013

Header dan Footer

assalamualaikum..... apa kabo belog yang aku sayang. lama bebenor aku tak mengupdates blog ini. yess, sebab tak tau apa yang nak di update kan. so hari niy tetiba gatal tangan nak menaip. apabila bosan menjelma niy je yang mampu  di buat.

ok sebenarnya aku dalam percubaan mendesign header dan footer blog. ceehh, macam dah pro je kan bunyi nya. actually baru je dok merangkak. aku kan tak kreatif, so agak susah untuk mendesign. nak design2 niy sememangnya memerlukan fikiran yang kreatif. tapi aku tak. =(

never mind, at least i try my best rite. orang cakap " nak seribu daya, mahu seribu cara".

antara yang aku try design untuk blog cousin aku.. simple giler kan. 

ok niy pulak footer dia. sekali lagi simple kan.

agak buruk tapi masih ada effort untuk mendesign.. 





footer lagy.. still same, simple...

kalau di lihat memang agak buruk kan. tapi tak pela, aku suka usaha aku untuk membuat semua niy. yess,, usaha tuw perlu. minat tuw penting.. 

" i am who i am and i love to be me"

SILA MEMBACA LAGI, KAMSAHAMIDA..

Saturday, March 23, 2013

C I N T A ( keindahan yg menyakitkan )

assalamualaikum dan selamat petang... petang2 macam ni tak tau nak buat apa. so guna jela masa yang ada untuk menaip.. actually tak tau nak post cerita apa. bosan bosan

tengah2 bosan, so tetiba tertengok status membe aku ni.. macam sedih je status dia, nampak macam tengah frust dari ayat status tuw la. hakikat nya tak taw la apa sebenarnya yang belaku. tapi dari ayat status tuw, aku agak dia baru pas break up. betul ke tak aku tak tau la, tak sempat nak bertanya lagi. nanti2 la bila aku jumpa dia aku cuba tanya.

sebenarnya aku akan terasa amat lah sedih kalau dia putus cinta.. nape ? sebab dah senasib dengan aku. aku tak suka tengok orang sedih, apatah lagi di tiggalkan kekasih. adakah dunia ni tidak adil ? memang dunia tidak adil. kalau terlalu sayang akan di tinggalkan. adakah orang2 yang meninggalkan kekasih yang amat menyanyaginya itu buta ? entah. aku pon tak tau, yang pasti mereka memang buta hati.

"cruel break up is a fate of love"
orang cakap, kalau nak pilih pasangan, pilih lah mereka yang mencintai kita lebih dari kita mencintai dirinya. sebab agak mudah untuk kita mengubah pendirian sendiri, tapi sukar untuk mengubah pendirian orang lain. memang betul pon apa yang orang cakap ni. lebih baik kita hidup dengan orang yang menyintai kita dari kita menjadi hamba cinta kepada orang yang tidak tau langsung nak menghargai kita.

tetapi salah kah manusia yang terjatuh cinta pada manusia yang salah itu ? mereka juga lah yang membuat kita jatuh cinta, mengayat segala bagai, bila dah bosan atau telah berjumpa dengan yang lebih baik, wajar kah mereka meninggalkan kita ? memang la mencari yang lebih baik tuw bagus, tapi adakah mereka pasti itu pilihan yang lebih baik.
"lebih baik menghargai yang baik yang telah berada di depan mata dari mencari yang lebih baik"
 memang benar, jodoh itu rahsia ALLAH. tetapi kita juga perlu berusaha untuk mencari jodoh kita tuw. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu jika mereka tidak ingin mengubahnya.

jika sudah berjanji sehidup semati, mengapa mesti memungkiri janji ? adakah sewaktu mengikat janji tersebut, fikiran mereka tidak berada dalam keadaan yang waras ? jika tidak yakin dengan seseorang itu, tidak perlu lah menabur janji semanis gula. ianya akan menyakitkan hati sebelah pihak apabila mereka di tinggalkan. igat la, dunia sentiasa berputar. what goes around, come around rite ?

aku sendiri terfikir, mengapa manusia tak tahu nak bersyukur ? tak tahu nak menghargai. manusia sememangnya tak akan pernah puas dengan apa yang di miliki.

tapi perancangan ALLAH adalah lebih baik kan, dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. ALLAH is a best planer.

" jika ALLAH mengambil sesuatu darimu, pasti dia akan gantikan dengan yang lebih baik"

jadi tak perlu lah nak bersedih jika kita di tinggalkan. sebenarnya orang yang meninggalkan kita tu lah orang yang bodoh. kita cuma kehilangan orang yang tak mencintai kita, tapi dia kehilangan orang yang amat mencintai dia. 

to ladies " place your heart in the hand of god and he will place it in the hands of man who he believes deserves it ".



 





SILA MEMBACA LAGI, KAMSAHAMIDA..

Tuesday, March 19, 2013

jodoh ajal ketentuan ALLAH

assalamualaikum dan selamat malam. hai tetiba rasa nak menulis pulak. lama dah kot tak wt entry baru, naik berhabuk dah blog niy.. huhu
ok hari ni aku nak share sikit la pasal kawan aku ni. aku simpati sangat la dekat dia, tapi apa yang aku mampu buat. hanya mampu mendoakan yang terbaik jela untuk dia. moga2 dia tabah hadapi semua dugaan ni.





Nur amira bt abd Mutalib, baru kehilangan seorang ayah. ayah yang dia sangat la sayang. maut di sebabkan excident teruk pada pagi ahad. 17/o3/2o13. sungguh berita ni amat lah mengejutkan seisi keluarga nya. kalau aku jadi dia pon, mesti aku akan sedih sangat2. walaupun parent dia dah bercerai, tapi aku taw jauh di sudut hati dia, dia lebih sayangkan ayah dia berbanding emaknya. 

semalam, 18/o3.. aku dan kawan2 aku pegi melawat ayahnya kat hospital, wad icu. tak taw nak cakap macam mana, 1st time aku melawat orang sakit dalam wad ICU. tegok keadaan ayah dia yang tenat, memang amat2 la menyentuh hati. kami mampu berdoa dan bagi semangat je kat keluarga mira. tu je yang mampu.. semuanya kehendak ALLAH. kalau dah ajal, buat la macam mana pun, dia tetap akan pergi. doa aku harap arwah ayah amira di tempatkan bersama orang2 yang beriman. 

Al Fatihah ~

SILA MEMBACA LAGI, KAMSAHAMIDA..

Sunday, March 17, 2013

vintage effect ( photoshop )


assalamualaikum.. hari ini tetiba teringin nak buat tutorial pasal effect picture. edit using photoshop. kalau sesapa yang takde photoshop tuw sila lah mendownload ok..

ok, tutorial ni in english, harap maaf kalau english tunggang tebalik =)
niy untuk vintage effect ala ala instagram je taw. nak yang lain, nanti i cuba lagi..

before

after

ok mula2 open adobe photoshop
after that, choose picture u want.. click ctrl + O

kalau dah bukak, pls duplicate that image
ctrl + J

tukar mood kepada soft light 
opacity x perlu ubah ok.

go to fill adjustment layer 
choose solid color
color : #070142
change mode to : exclusion






open fill adjustment layer
choose levels
at 1st box change to 11





now choose solid color
code # de9b82
mode : soft light
opacity : 75%







solid color
code : fed9eb
mode : soft light
opacity : 50%







solid color
code : 070044
mode : exclusion
opacity : 100%









now go to ori background
duplicate Ctrl + J or drag to new layer
and then drag to top


change mode : soft light




Done !

tersangat la senang.. so boleh la mencuba







SILA MEMBACA LAGI, KAMSAHAMIDA..

Saturday, March 16, 2013

kawin muda ( kebaikan & keburukan )

assalamualaikum dan selamat petang. jam sekarang menunjukkan tepat jam 2.28pm. so memang dah petang la kan. ok now base on title, aku nak cerita dan beri pendapat aku tentang kawin muda. bagus kah ?

semalam ada lar on9 fb jap, suddenly aku tertengok satu status bserta picture niy, pemilik akaun fb tuw aku kenal la jgk. membe aku masa form 1 dulu. lama dah tuw. memang lama jugak la aku x jumpa dia, maklumlah dah pindah kan. so memang x taw langsung la pasal dia niy. tup tup aku tengok dia ada post picture baby dengan status dye " wish he get well soon..:-(... " . so aku agak wonder larh, baby siapakah ini. aku pon stalk la fb dia. last2 baru aku taw baby dia rupanya. tahniah lar puan hamizah ye. 

macam x percaya jugak lar, dia niy student yang pandai kot dulu, rupanya kawin muda jugak. i though orang yang tak nak belajar dah je kawin awal. rupanya aku silap. sekarang niy ramai sangat dah orang kawin awal. dah jadik trend pulak aku tengok. lagi pun ramai lagi orang yang aku kenal kawin awal, even my uncle pon kawin awal. so what can i said. memang jodoh mereka awal kan. aku ? kalau boleh nak elak dari kawin muda la. tunggu umur menjangkau 24 baru nak kawin, hehe. tuw pon kalau ada jodoh. insyaAllah. 

berbalik kepada topik asal, bagus kah kawin awal niy ?? actually ada juga kebaikan dari kawin awal ni. contohnya boleh mengelak maksiat. kan bagus kalau dah ada ikatan yang sah. nak kemana2 pon xpa, orang dah x kisah dah. keluar tak balik rumah pon xpa. jadi boleh kurangkan dosa. cuba kalau tengah couple tak balik rumah, maw mak tak bising, menambah dosa pulak tuw. kan x baik. 

tapi yang tak bagusnya kawin awal bagi pandangan aku larh, mungkin pasangan tuw belum cukup matang untuk membuat sebarang keputusan. kalau dah kawin, banyak tanggungjawab yang nak kena pikul, nak kena jaga anak la, bini la. lelaki kalau kawin muda mungkin dia tak puas nak enjoy lagi, takut bila dia dah kawin, dia x taw tanggungjawab dia. berlagak seolah olah masih bujang lagi. kang bini jugak makan hati. lagi pun kawin muda niy, sudah pasti dari segi kewangan masih belum kukuh lagi. yela, dah habis spm terus nak kawin, kerja pon x tetap lagi. macam mana nak jaga keluarga sendiri kalau nak bela diri sendiri pon tak mampu. mungkin tak semua la kan. niy pendapat aku je. 

rasanya lebih banyak kebaikan dari keburukan yang aku dapat simpulkan dari kawin muda ni. tapi semua niy depends la kan. kalau dah jodoh awal nak buat macam mana, kita ni bukan boleh nak melawan ketentuanNYA. ye tak ?



SILA MEMBACA LAGI, KAMSAHAMIDA..

Wednesday, March 13, 2013

insomnia ( baik kah )

assalamualaikum dan selamat malam. memang dah malam sangat dah sekarang niy. actually dah boleh di kategorikan sebagai pagi dah pon. jam menunjukkan 1:47am. wow ! so great, until now i can't sleep. actually tengah layan cerita mohabbaten. seriously seronok. i guess semua orang will think that way.. cerita yang penuh dengan cinta dan kisah yang menyentuh hati. tema cerita tuw adalah CINTA. segalanya berlandaskan cinta. see, with love u can be anything, rite ?

so cukup lah aku cerita pasal cerita hindustan tuw, lagi pon semua dah tahu jalan cerita dia kan. good.
aku sebenarnya nak cerita tentang masalah yang aku alami, aku rasa insomnia. tahukah apa itu insomnia ? insomnia niy boleh dikatakan masalah tidur. i mean susah nak tidur, sleeplessness. pesakit insomnia niy memerlukan masa yang agak lama untuk tertidur. tak cukup tidur juga boleh di anggap insomnia. seseorang itu tidak dianggap cukup tidur melalui angka waktu yang digunakan untuk tidur, tetapi impak yang seseorang itu dapat setelah bangun ttidur.

insomnia ni terbahagi kepada dua peringkat iaitu primary and secondary.

  • Primary insomnia: Primary insomnia means that a person is having sleep problems that are not directly associated with any other health condition or problem.
  • Secondary insomnia: Secondary insomnia means that a person is having sleep problems because of something else, such as a health condition (like asthma, depression, arthritis, cancer, or heartburn); pain; medication they are taking; or a substance they are using (like alcohol).
so bila aku dah x taw sangat, aku google jela. malas dah nak translate, thank to pakcik google.

but until now aku tak tahu macam mana aku nak merawat penyakit yang x berapa nak kronik ni. aku niy jenis yang suka banyak bfikir, asal nak tidur je, mula la macam2 benda muncul. depress jugak la nak face benda niy everyday. banyak cara dah aku buat, macam aku dah cuba dah kontrol otak aku niy dari banyak berfikir, but still fail. harap sangat dapat cari jalan penyelesaian.

wish me luck ~


SILA MEMBACA LAGI, KAMSAHAMIDA..

Friday, March 8, 2013

tip temuduga



Apa itu temuduga kerja? Secara ringkasnya temuduga adalah satu sesi penilaian oleh panel temuduga untuk memilih calon terbaik bagi tujuan lantikan ke sesuatu jawatan atau kenaikan pangkat. Untuk mana-mana kerja sekalipun, pasti ada temuduga tetapi yang bezanya cara temuduga dan juga tempat.
Oleh kerana temuduga adalah satu kaedah penilaian luaran dan mental, calon hendaklah membuat persiapan sewajarnya untuk meyakinkan panel penemuduga bahawa mereka adalah calon yang paling layak.
Apa sspek yang perlu diberi penekanan semasa ditemuduga? Sebenarnya ada 7 aspek utama yang perlu diberi penekanan iaitu :
  • Sahsiah diri
  • kelayakan
  • pengetahuan am dan hal ehwal tempat kerja
  • Pengalaman kerja
  • Kebolehan memimpin
  • Kebolehan berkomunikasi dengan baik
  • Kesesuaian untuk menjawat sesuatu jawatan ataujawatan yang lebih tinggi
Ada yang bertanya, perlu persediaan ke sebelum ditemuduga? Jawapannya, mestilah. Antara beberapa perkara yang anda boleh lakukan sebelum menghadiri temuduga adalah :
  • Membuat rujukan dan kajian melalui laman web dan bahan-bahan rujukan mengenai jawatan yang dipohon.
  • Mengemaskini pengetahuan mengenai tempat kerja yang dipohon dan pengetahuan am semasa.
  • Mendapatkan panduan dan khidmat nasihat daripada rakan ataupun mereka yang berpengalaman serta berpengetahuan. Berkeyakinan dan tidak gemuruh.
  • Membuat latihan temuduga (mock interview) bersama rakan jika perlu.
  • Mendapatkan maklumat awal mengenai lokasi dan tempat temuduga.
  • Beranggapan temuduga adalah satu proses biasa dan perlu dilalui oleh semua individu.
  • Berdoa untuk kejayaan.
  • Pastikan dokumen-dokumen berikut disusun dengan kemas dan teratur sebaik-baiknya dalam folder yang lut sinar (transparent).
    Sebenarnya semasa temuduga ada banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Kadang-kadang benda yang bagi kita nampak simple, merupakan benda yang besar di mata penemuduga yang itu juga mungkin menjadi faktor kita gagal dalam temuduga. Contohnya seperti datang lambat ke sesi temuduga, terlalu yakin, pakaian tak sesuai dan juga bahasa yang digunakan semasa temuduga tidak bersesuaian.
    Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan sebelum temuduga seperti :
  •     Baju hendaklah digosok dengan rapi dan juga bagi wanita, jangan pakai pakaian yang menjolok mata.
  •     Berpakaian kemas dan bersesuaian dengan posisi yang anda pohon.
  •     Duduk dengan tertib semasa temuduga. Jangan duduk terkangkang pula dan posisi badan hendaklah lurus dan tegak.
  •     Menjawab soalan yang ditanya dengan yakin walaupun anda ragu-ragu dengan jawapan anda.
  •     Memohon maaf sekiranya tidak jelas dan minta ulang soalan dengan tertib. Jika anda tidak tahu menjawab soalan, jawab dengan jujur anda tidak tahu menjawab soalan itu ( jika soalan fakta ) tetapi beritahu penemuduga anda boleh belajar dan ingin belajar mengenainya.
  •     Menggunakan Bahasa Malaysia standard / bahasa Inggeris standard. Kalau boleh elakkan bahasa campur-campur.
  •     Menggunakan intonasi yang sesuai
  •     Menggunakan gerak badan (non- verbal communication) yang sesuai
  •     Memandang ke arah panel semasa menjawab soalan
  •     Sentiasa senyum dan ceria. Walaupun anda sakit atau ada masalah peribadi, penemuduga tak tahu anda menghadapi masalah itu dan mungkin tidak mahu tahu. Jadi perlu berlakon sedikit nampak gembira dan tunjuk gerak badan yang menampakkan anda bersungguh untuk mendapat kerja itu.
Ada beberapa perkara yang tidak boleh anda lakukan sebelum temuduga seperti :
  1.     Berseluar jeans atau berseluar ketat bagi lelaki, bagi wanita, memakai pakaian yang menjolok mata
  2.     Mengenakan pakaian yang jarang dan nipis.
  3.     Memakai sandal atau kasut sukan.
  4.     Duduk bersilang panggung dan menggoyangkan kaki semasa temuduga. Itu menunjukkan anda gugup, tidak selesa dan seolah-olah tidak hormat pada penemuduga.
  5.     Berbohong. Jangan sesekali berbohong terutamanya mengenai pengalaman kerja, akademik dan juga mengenai hal peribadi anda.
  6.     Memotong percakapan panel
  7.     Memberi jawapan yang meleret- leret dan tidak relevan dengan soalan yang ditanya.
  8.     Menggunakan dialek daerah. Ini sering dilakukan secara tidak sengaja oleh calon dan sila praktis penggunaan bahasa yang betul.
  9.     Menjawab soalan dengan menyentuh perkara-perkara yang sensitif dan berbaur politik ketika ditanya.
  10.     Bersikap agresif
  11.      Mengutuk atau menghina individutertentu
  12.      Bercakap terlampau laju
  13.     Menuding jari kepada panel
  14.     Memandang ke arah lain

SILA MEMBACA LAGI, KAMSAHAMIDA..

Tuesday, March 5, 2013

sajak untuk kekasih ( suka suka je )






assalamualaikum and salam sejahtera.. ehem2, testing suara..
ok larh post kali ni aku nak share pulak sajak2 yang sesuai di gunakan untuk "mengayat" kekasih korang.. hehe.. niy bagi yang tak reti bagaimana nak bersajak. yang dah reti x perlu guna.. haha =)

kalau kau jadik nasik, aku jadik periuk nasiknya.
kalau kau jadik kapal terbang, aku sure jadi juruterbangnya.
kalau kau jadik ais kacang, aku jadik gula merahnya.
kalau kau menjadi awan, aku menjadi rintik hujan.
kalau kau jadi sungai, aku akan jadik buaya.. erkk, ikan lah
kalau kau jadik buku, aku sebagai tulisannya.
kalau kau jadik bintang, tak syak lagi, aku lah astronominya.
kalau kau jadik hidung, aku redho jadik tahi hidung kau.
kalau kau jadik ayam, aku masak je kau.. masak lomak sodap jugak..
hehe =)

 so boleh la share mane2 yang patut, sharing is caring rite ?

 
 


SILA MEMBACA LAGI, KAMSAHAMIDA..

Tuesday, February 26, 2013

sastera kupu kupu



Betapa kelam buat aku tak termampu
Di manakah mentari yang dahulu di sisi
Betapa kejam bila sayapku kau patah
Tubuhku pun melemah, diriku pun merebah
Sakit ini
Adalah setia yang tak pernah kau mengerti
[*] Berharap kasih moga engkau mampu memahami
Walaupun bukan sekarang bahagia menjelang
Berharap kasih moga engkau mahu untuk bersama
Andai musim pun berubah dirimu kan datang

Oh.. Oh..
Oh.. Oh..
Oh.. Oh..
Aku si kupu-kupu
Hinggap di kuntum hatimu
Repeat [*]
Berharap kasih…
Oh.. Oh..
Bahagia menjelang
Berharap kasih moga engkau mahu untuk bersama
Andai musim pun berubah, dirimu kan datang
Oh.. Oh..
Oh.. Oh..
Oh.. Oh..

 



SILA MEMBACA LAGI, KAMSAHAMIDA..

hati oh hati





assalamualaikum and gud nite.. sememangnya dah lewat pon, tapi aku still x boleh tido, kenapa ya ?
errmmm tanya larh sama hati. banyak sangat perkara yang bermain dalam pikiran aku. all about him.
aceehh, dah macam lagu la pulakk.. memang betol pon, otak asyik nak pikir dia je. cer pikir benda lain pulak. x penah kah engkau memikirkan dia yang tidak memikirkanmu.. aduuhh !

aku rindu dia, aku suka dia n aku sayang dia. tu je yang aku rasa, bilakah semua ini akan berakhir. arghhh.... aku letih tunggu dia, serius. penantian ni sesuatu yang sangat memenatkan. tapi apa boleh buat, sayang punya pasal kan. kalau dia dh x suka aku dh xpa, just cakap dan x perlu muncul lagi depan aku, tu je yang aku nak. ni kejap ada kejap xda, hati lagi sakit. kalau suka cakap je suka, kan senang.

Ya ALLAH ya tuhanku, jika ternyata dia jodohku, dekat kan lar hati kami. tetapi jka ternyata bukan dia jodohku, jauh kan larh dia dariku. moga aku di pertemukan dengan insan yang lebih baik. aminn



SILA MEMBACA LAGI, KAMSAHAMIDA..

sifat cemburu


assalamualaikum semua. ok entry kali ni aku nak kongsi tentang sifat cemburu. setiap insan dikurniakan dengan perasaan cemburu. sekiranya ada dikalangan kita yang tidak pernah berasa cemburu, itu abnormal namanya. bukan apa, perasaan cemburu ini semestinya wujud di dalam diri kita tidak kira sama ada lelaki ataupun perempuan kerana perasaan itu adalah fitrah manusia. walaupun sedikit perasaan itu pasti akan terbit dari lubuk hati kita yang bergelar insan. sifat cemburu ini boleh diklasifikasikan dalam beberapa kategori dan pelbagai cara boleh di praktik untuk mengatasi perasaan ini.

pendapat umum banyak menyatakan perempuan lebih bersikap cemburu dari lelaki. mungkin juga benar kerana perempuan lebih sensitif dan berhati lembut berbanding lelaki. mari kita sama2 menyelami perasaan itu dan kenalpasti tahap cemburu yang ada dalam diri kita.

Cemburu buta.
- selalunya wanita yang akan di kaitkan dengan perkataan ini. jarang sekali lelaki dikaitkan dengan perkataan ini. mengapa harus cemburu membabi buta ? sebab utama adalah sudah pastinya kita terlalu sayangkan pasangan kita. cemburu melihat pasangan bermesra dengan orang lain, cemburu mendengar kekasih melebih-lebihkan orang lain dan cemburu pasangan mencerita perihal orang lain. sebagai pasangan memang perlu ada perasaan cemburu TETAPI jangan sampai cemburu mengawal minda dan tingkah laku anda.

 
ni jela sedikit sebanyak yang aku boleh kongsi..

to be continue~ 




SILA MEMBACA LAGI, KAMSAHAMIDA..

Monday, February 25, 2013

my BFF


assalamualaikum pembuka bicara.. ehemm ehemm.. test suara, satu dua tiga.. haha lma dh aq x menulis. yakah ??  i think so.. well today i would like to story about my frend and i..
semua orang ada kawan kan, ha sma lar macam aku.. sape lar yang nak bersendirian dalam dunia yang penuh cabaran niy kan.. kadang2 kita perlukan teman untuk meluah isi hati kita, untuk berkongsi suka dan duka dan untuk merancak kan lagi hidup ni.. hidup tanpa teman ibarat rumah xda lampu.. bila malam gelap je.. hehe, x gitu ??

so aku nak kongsi sedikit sebanyak kenangan aku bersama teman2 ku. walaupun jarak memisahkan kami, tapi kami still keep in touch. apa gunanya semua teknologi yg kita ada ni kalau x di gunakan.. kan kan..  =)

aku masih di kedah, di rumah ku tanpa membuat apa2.. goyang kaki je kat rumah, tapi wajib ada income. cuma x semasyuk orang yang dh bekerja la. kawan2 aku yang lain, semua ada hala tuju masing2. belajar larh, kerja larh.. alahai, tinggal aku je yang x buat apa..

my sweeties.. 
niy time nak pergi bukit merah, snap atas bas.. lama dh niy, 2o11.. tapi aku still simpan semua kenangan kami.. 




sama je ni dekat bukit merah jugak. pada tahun yang sama juga..



with Nurul farahim.. 



time gathering kt lata sedim.. kite bakor je



4 sekawan. walau apa yang berlaku kami tetap bersama. kami buddiest. 

actually banyak lagi pic bersama tapi aku malas dah nak upload banyak.. sikit2 sudah la..
so next time akan di sambungkan dengan entry yang lain pulak.. aku dah nak tidur. tidur awal, bosan menunggu si dia yang x nak mesej aku.. =(


SILA MEMBACA LAGI, KAMSAHAMIDA..

Sunday, February 24, 2013

sendayu tinggi (oily and acne series)

ok sebelum tu niy adalah blog aku yang kedua selepas lurveemostyle.blogspot.com tuw.. saje nak buat blog baru, blog nu macam buruk je... kan3.. hehehe

so hari ini aku nak cerita pasal produk penjagaan muka yang aku gunakan. sekarang aku mula berjinak2 dengan set penjagaan muka sendayu tinggi (ST) oily and acne series.. so far aku pakai ok lar,
ada nampak perubahan jugak la. produk dye pon xda la mahal sangat, dalam rm55 satu set..


ok, niy set nya.. 


terdapat acne deep cleanser, Acne Deep Tone,
Acne Powder dan
Acne Concentrated Serum

ok, aku nak cerita pula kelebihan produk ini..

ance deep cleanser :
Gel pembersih yang mengandungi Tea Tree Oil ini membersihkan kotoran dan solekan dengan lembut sehingga ke liang roma yang menjadi punca jerawat dan kulit berminyak. Menjadikan kulit lebih halus dan segar. Cuci 2 kali sekiranya menggunakan solekan yang tebal.
 
acne deep toner :
Penyegar wajah yang melembap, menyejuk dan mengecilkan liang pori terbuka. Membantu mengatasi kulit berjerawat, Zon-T yang berminyak dan mengekalkan kelembapan kulit. Ia juga mematikan kuman punca jerawat, melembutkan kembali kulit yang kasar.
 
acne powder :
Bedak jerawat dengan campuran berubat untuk mengeringkan jerawat, mengurangkan minyak di bahagian Zon-T pada wajah, meredakan wajah yang sensitif dan kemerah-merahan akibat jerawat dan bertindak menghaluskan kulit.
 
acne concentrated serum :
Ubat jerawat konsentrasi khusus untuk mengecutkan dan mengeringkan jerawat yang sedang membengkak dalam tempoh 24 jam ( kesan berbeza setiap individu ). Kesan pertama kali penggunaan akan terasa gatal dan berdenyut-denyut pada kawasan yang disapu.
 
 so niy la sedikit sebanyak maklumat yang aku boleh kongsi tentang sendayu tinggi ni.. memang boleh la nak hilangkan jerawat tuw walaupun makan masa. kalau kita berusaha pasti akan berjaya kan. x gitu.. hehehe..
 

 

tengok muka aku yang berseri2 niy.. ni la hasil nya..
hehehe =) 
 
 
 
 
 

SILA MEMBACA LAGI, KAMSAHAMIDA..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DILARANG MENG'COPY' KANDUNGAN DALAM BLOG INI !!