Friday, March 29, 2013

Header dan Footer

assalamualaikum..... apa kabo belog yang aku sayang. lama bebenor aku tak mengupdates blog ini. yess, sebab tak tau apa yang nak di update kan. so hari niy tetiba gatal tangan nak menaip. apabila bosan menjelma niy je yang mampu  di buat.

ok sebenarnya aku dalam percubaan mendesign header dan footer blog. ceehh, macam dah pro je kan bunyi nya. actually baru je dok merangkak. aku kan tak kreatif, so agak susah untuk mendesign. nak design2 niy sememangnya memerlukan fikiran yang kreatif. tapi aku tak. =(

never mind, at least i try my best rite. orang cakap " nak seribu daya, mahu seribu cara".

antara yang aku try design untuk blog cousin aku.. simple giler kan. 

ok niy pulak footer dia. sekali lagi simple kan.

agak buruk tapi masih ada effort untuk mendesign.. 





footer lagy.. still same, simple...

kalau di lihat memang agak buruk kan. tapi tak pela, aku suka usaha aku untuk membuat semua niy. yess,, usaha tuw perlu. minat tuw penting.. 

" i am who i am and i love to be me"

SILA MEMBACA LAGI, KAMSAHAMIDA..

Saturday, March 23, 2013

C I N T A ( keindahan yg menyakitkan )

assalamualaikum dan selamat petang... petang2 macam ni tak tau nak buat apa. so guna jela masa yang ada untuk menaip.. actually tak tau nak post cerita apa. bosan bosan

tengah2 bosan, so tetiba tertengok status membe aku ni.. macam sedih je status dia, nampak macam tengah frust dari ayat status tuw la. hakikat nya tak taw la apa sebenarnya yang belaku. tapi dari ayat status tuw, aku agak dia baru pas break up. betul ke tak aku tak tau la, tak sempat nak bertanya lagi. nanti2 la bila aku jumpa dia aku cuba tanya.

sebenarnya aku akan terasa amat lah sedih kalau dia putus cinta.. nape ? sebab dah senasib dengan aku. aku tak suka tengok orang sedih, apatah lagi di tiggalkan kekasih. adakah dunia ni tidak adil ? memang dunia tidak adil. kalau terlalu sayang akan di tinggalkan. adakah orang2 yang meninggalkan kekasih yang amat menyanyaginya itu buta ? entah. aku pon tak tau, yang pasti mereka memang buta hati.

"cruel break up is a fate of love"
orang cakap, kalau nak pilih pasangan, pilih lah mereka yang mencintai kita lebih dari kita mencintai dirinya. sebab agak mudah untuk kita mengubah pendirian sendiri, tapi sukar untuk mengubah pendirian orang lain. memang betul pon apa yang orang cakap ni. lebih baik kita hidup dengan orang yang menyintai kita dari kita menjadi hamba cinta kepada orang yang tidak tau langsung nak menghargai kita.

tetapi salah kah manusia yang terjatuh cinta pada manusia yang salah itu ? mereka juga lah yang membuat kita jatuh cinta, mengayat segala bagai, bila dah bosan atau telah berjumpa dengan yang lebih baik, wajar kah mereka meninggalkan kita ? memang la mencari yang lebih baik tuw bagus, tapi adakah mereka pasti itu pilihan yang lebih baik.
"lebih baik menghargai yang baik yang telah berada di depan mata dari mencari yang lebih baik"
 memang benar, jodoh itu rahsia ALLAH. tetapi kita juga perlu berusaha untuk mencari jodoh kita tuw. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu jika mereka tidak ingin mengubahnya.

jika sudah berjanji sehidup semati, mengapa mesti memungkiri janji ? adakah sewaktu mengikat janji tersebut, fikiran mereka tidak berada dalam keadaan yang waras ? jika tidak yakin dengan seseorang itu, tidak perlu lah menabur janji semanis gula. ianya akan menyakitkan hati sebelah pihak apabila mereka di tinggalkan. igat la, dunia sentiasa berputar. what goes around, come around rite ?

aku sendiri terfikir, mengapa manusia tak tahu nak bersyukur ? tak tahu nak menghargai. manusia sememangnya tak akan pernah puas dengan apa yang di miliki.

tapi perancangan ALLAH adalah lebih baik kan, dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. ALLAH is a best planer.

" jika ALLAH mengambil sesuatu darimu, pasti dia akan gantikan dengan yang lebih baik"

jadi tak perlu lah nak bersedih jika kita di tinggalkan. sebenarnya orang yang meninggalkan kita tu lah orang yang bodoh. kita cuma kehilangan orang yang tak mencintai kita, tapi dia kehilangan orang yang amat mencintai dia. 

to ladies " place your heart in the hand of god and he will place it in the hands of man who he believes deserves it ".



 





SILA MEMBACA LAGI, KAMSAHAMIDA..

Tuesday, March 19, 2013

jodoh ajal ketentuan ALLAH

assalamualaikum dan selamat malam. hai tetiba rasa nak menulis pulak. lama dah kot tak wt entry baru, naik berhabuk dah blog niy.. huhu
ok hari ni aku nak share sikit la pasal kawan aku ni. aku simpati sangat la dekat dia, tapi apa yang aku mampu buat. hanya mampu mendoakan yang terbaik jela untuk dia. moga2 dia tabah hadapi semua dugaan ni.





Nur amira bt abd Mutalib, baru kehilangan seorang ayah. ayah yang dia sangat la sayang. maut di sebabkan excident teruk pada pagi ahad. 17/o3/2o13. sungguh berita ni amat lah mengejutkan seisi keluarga nya. kalau aku jadi dia pon, mesti aku akan sedih sangat2. walaupun parent dia dah bercerai, tapi aku taw jauh di sudut hati dia, dia lebih sayangkan ayah dia berbanding emaknya. 

semalam, 18/o3.. aku dan kawan2 aku pegi melawat ayahnya kat hospital, wad icu. tak taw nak cakap macam mana, 1st time aku melawat orang sakit dalam wad ICU. tegok keadaan ayah dia yang tenat, memang amat2 la menyentuh hati. kami mampu berdoa dan bagi semangat je kat keluarga mira. tu je yang mampu.. semuanya kehendak ALLAH. kalau dah ajal, buat la macam mana pun, dia tetap akan pergi. doa aku harap arwah ayah amira di tempatkan bersama orang2 yang beriman. 

Al Fatihah ~

SILA MEMBACA LAGI, KAMSAHAMIDA..

Sunday, March 17, 2013

vintage effect ( photoshop )


assalamualaikum.. hari ini tetiba teringin nak buat tutorial pasal effect picture. edit using photoshop. kalau sesapa yang takde photoshop tuw sila lah mendownload ok..

ok, tutorial ni in english, harap maaf kalau english tunggang tebalik =)
niy untuk vintage effect ala ala instagram je taw. nak yang lain, nanti i cuba lagi..

before

after

ok mula2 open adobe photoshop
after that, choose picture u want.. click ctrl + O

kalau dah bukak, pls duplicate that image
ctrl + J

tukar mood kepada soft light 
opacity x perlu ubah ok.

go to fill adjustment layer 
choose solid color
color : #070142
change mode to : exclusion






open fill adjustment layer
choose levels
at 1st box change to 11





now choose solid color
code # de9b82
mode : soft light
opacity : 75%







solid color
code : fed9eb
mode : soft light
opacity : 50%







solid color
code : 070044
mode : exclusion
opacity : 100%









now go to ori background
duplicate Ctrl + J or drag to new layer
and then drag to top


change mode : soft light




Done !

tersangat la senang.. so boleh la mencuba







SILA MEMBACA LAGI, KAMSAHAMIDA..

Saturday, March 16, 2013

kawin muda ( kebaikan & keburukan )

assalamualaikum dan selamat petang. jam sekarang menunjukkan tepat jam 2.28pm. so memang dah petang la kan. ok now base on title, aku nak cerita dan beri pendapat aku tentang kawin muda. bagus kah ?

semalam ada lar on9 fb jap, suddenly aku tertengok satu status bserta picture niy, pemilik akaun fb tuw aku kenal la jgk. membe aku masa form 1 dulu. lama dah tuw. memang lama jugak la aku x jumpa dia, maklumlah dah pindah kan. so memang x taw langsung la pasal dia niy. tup tup aku tengok dia ada post picture baby dengan status dye " wish he get well soon..:-(... " . so aku agak wonder larh, baby siapakah ini. aku pon stalk la fb dia. last2 baru aku taw baby dia rupanya. tahniah lar puan hamizah ye. 

macam x percaya jugak lar, dia niy student yang pandai kot dulu, rupanya kawin muda jugak. i though orang yang tak nak belajar dah je kawin awal. rupanya aku silap. sekarang niy ramai sangat dah orang kawin awal. dah jadik trend pulak aku tengok. lagi pun ramai lagi orang yang aku kenal kawin awal, even my uncle pon kawin awal. so what can i said. memang jodoh mereka awal kan. aku ? kalau boleh nak elak dari kawin muda la. tunggu umur menjangkau 24 baru nak kawin, hehe. tuw pon kalau ada jodoh. insyaAllah. 

berbalik kepada topik asal, bagus kah kawin awal niy ?? actually ada juga kebaikan dari kawin awal ni. contohnya boleh mengelak maksiat. kan bagus kalau dah ada ikatan yang sah. nak kemana2 pon xpa, orang dah x kisah dah. keluar tak balik rumah pon xpa. jadi boleh kurangkan dosa. cuba kalau tengah couple tak balik rumah, maw mak tak bising, menambah dosa pulak tuw. kan x baik. 

tapi yang tak bagusnya kawin awal bagi pandangan aku larh, mungkin pasangan tuw belum cukup matang untuk membuat sebarang keputusan. kalau dah kawin, banyak tanggungjawab yang nak kena pikul, nak kena jaga anak la, bini la. lelaki kalau kawin muda mungkin dia tak puas nak enjoy lagi, takut bila dia dah kawin, dia x taw tanggungjawab dia. berlagak seolah olah masih bujang lagi. kang bini jugak makan hati. lagi pun kawin muda niy, sudah pasti dari segi kewangan masih belum kukuh lagi. yela, dah habis spm terus nak kawin, kerja pon x tetap lagi. macam mana nak jaga keluarga sendiri kalau nak bela diri sendiri pon tak mampu. mungkin tak semua la kan. niy pendapat aku je. 

rasanya lebih banyak kebaikan dari keburukan yang aku dapat simpulkan dari kawin muda ni. tapi semua niy depends la kan. kalau dah jodoh awal nak buat macam mana, kita ni bukan boleh nak melawan ketentuanNYA. ye tak ?



SILA MEMBACA LAGI, KAMSAHAMIDA..

Wednesday, March 13, 2013

insomnia ( baik kah )

assalamualaikum dan selamat malam. memang dah malam sangat dah sekarang niy. actually dah boleh di kategorikan sebagai pagi dah pon. jam menunjukkan 1:47am. wow ! so great, until now i can't sleep. actually tengah layan cerita mohabbaten. seriously seronok. i guess semua orang will think that way.. cerita yang penuh dengan cinta dan kisah yang menyentuh hati. tema cerita tuw adalah CINTA. segalanya berlandaskan cinta. see, with love u can be anything, rite ?

so cukup lah aku cerita pasal cerita hindustan tuw, lagi pon semua dah tahu jalan cerita dia kan. good.
aku sebenarnya nak cerita tentang masalah yang aku alami, aku rasa insomnia. tahukah apa itu insomnia ? insomnia niy boleh dikatakan masalah tidur. i mean susah nak tidur, sleeplessness. pesakit insomnia niy memerlukan masa yang agak lama untuk tertidur. tak cukup tidur juga boleh di anggap insomnia. seseorang itu tidak dianggap cukup tidur melalui angka waktu yang digunakan untuk tidur, tetapi impak yang seseorang itu dapat setelah bangun ttidur.

insomnia ni terbahagi kepada dua peringkat iaitu primary and secondary.

  • Primary insomnia: Primary insomnia means that a person is having sleep problems that are not directly associated with any other health condition or problem.
  • Secondary insomnia: Secondary insomnia means that a person is having sleep problems because of something else, such as a health condition (like asthma, depression, arthritis, cancer, or heartburn); pain; medication they are taking; or a substance they are using (like alcohol).
so bila aku dah x taw sangat, aku google jela. malas dah nak translate, thank to pakcik google.

but until now aku tak tahu macam mana aku nak merawat penyakit yang x berapa nak kronik ni. aku niy jenis yang suka banyak bfikir, asal nak tidur je, mula la macam2 benda muncul. depress jugak la nak face benda niy everyday. banyak cara dah aku buat, macam aku dah cuba dah kontrol otak aku niy dari banyak berfikir, but still fail. harap sangat dapat cari jalan penyelesaian.

wish me luck ~


SILA MEMBACA LAGI, KAMSAHAMIDA..

Friday, March 8, 2013

tip temuduga



Apa itu temuduga kerja? Secara ringkasnya temuduga adalah satu sesi penilaian oleh panel temuduga untuk memilih calon terbaik bagi tujuan lantikan ke sesuatu jawatan atau kenaikan pangkat. Untuk mana-mana kerja sekalipun, pasti ada temuduga tetapi yang bezanya cara temuduga dan juga tempat.
Oleh kerana temuduga adalah satu kaedah penilaian luaran dan mental, calon hendaklah membuat persiapan sewajarnya untuk meyakinkan panel penemuduga bahawa mereka adalah calon yang paling layak.
Apa sspek yang perlu diberi penekanan semasa ditemuduga? Sebenarnya ada 7 aspek utama yang perlu diberi penekanan iaitu :
  • Sahsiah diri
  • kelayakan
  • pengetahuan am dan hal ehwal tempat kerja
  • Pengalaman kerja
  • Kebolehan memimpin
  • Kebolehan berkomunikasi dengan baik
  • Kesesuaian untuk menjawat sesuatu jawatan ataujawatan yang lebih tinggi
Ada yang bertanya, perlu persediaan ke sebelum ditemuduga? Jawapannya, mestilah. Antara beberapa perkara yang anda boleh lakukan sebelum menghadiri temuduga adalah :
  • Membuat rujukan dan kajian melalui laman web dan bahan-bahan rujukan mengenai jawatan yang dipohon.
  • Mengemaskini pengetahuan mengenai tempat kerja yang dipohon dan pengetahuan am semasa.
  • Mendapatkan panduan dan khidmat nasihat daripada rakan ataupun mereka yang berpengalaman serta berpengetahuan. Berkeyakinan dan tidak gemuruh.
  • Membuat latihan temuduga (mock interview) bersama rakan jika perlu.
  • Mendapatkan maklumat awal mengenai lokasi dan tempat temuduga.
  • Beranggapan temuduga adalah satu proses biasa dan perlu dilalui oleh semua individu.
  • Berdoa untuk kejayaan.
  • Pastikan dokumen-dokumen berikut disusun dengan kemas dan teratur sebaik-baiknya dalam folder yang lut sinar (transparent).
    Sebenarnya semasa temuduga ada banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Kadang-kadang benda yang bagi kita nampak simple, merupakan benda yang besar di mata penemuduga yang itu juga mungkin menjadi faktor kita gagal dalam temuduga. Contohnya seperti datang lambat ke sesi temuduga, terlalu yakin, pakaian tak sesuai dan juga bahasa yang digunakan semasa temuduga tidak bersesuaian.
    Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan sebelum temuduga seperti :
  •     Baju hendaklah digosok dengan rapi dan juga bagi wanita, jangan pakai pakaian yang menjolok mata.
  •     Berpakaian kemas dan bersesuaian dengan posisi yang anda pohon.
  •     Duduk dengan tertib semasa temuduga. Jangan duduk terkangkang pula dan posisi badan hendaklah lurus dan tegak.
  •     Menjawab soalan yang ditanya dengan yakin walaupun anda ragu-ragu dengan jawapan anda.
  •     Memohon maaf sekiranya tidak jelas dan minta ulang soalan dengan tertib. Jika anda tidak tahu menjawab soalan, jawab dengan jujur anda tidak tahu menjawab soalan itu ( jika soalan fakta ) tetapi beritahu penemuduga anda boleh belajar dan ingin belajar mengenainya.
  •     Menggunakan Bahasa Malaysia standard / bahasa Inggeris standard. Kalau boleh elakkan bahasa campur-campur.
  •     Menggunakan intonasi yang sesuai
  •     Menggunakan gerak badan (non- verbal communication) yang sesuai
  •     Memandang ke arah panel semasa menjawab soalan
  •     Sentiasa senyum dan ceria. Walaupun anda sakit atau ada masalah peribadi, penemuduga tak tahu anda menghadapi masalah itu dan mungkin tidak mahu tahu. Jadi perlu berlakon sedikit nampak gembira dan tunjuk gerak badan yang menampakkan anda bersungguh untuk mendapat kerja itu.
Ada beberapa perkara yang tidak boleh anda lakukan sebelum temuduga seperti :
  1.     Berseluar jeans atau berseluar ketat bagi lelaki, bagi wanita, memakai pakaian yang menjolok mata
  2.     Mengenakan pakaian yang jarang dan nipis.
  3.     Memakai sandal atau kasut sukan.
  4.     Duduk bersilang panggung dan menggoyangkan kaki semasa temuduga. Itu menunjukkan anda gugup, tidak selesa dan seolah-olah tidak hormat pada penemuduga.
  5.     Berbohong. Jangan sesekali berbohong terutamanya mengenai pengalaman kerja, akademik dan juga mengenai hal peribadi anda.
  6.     Memotong percakapan panel
  7.     Memberi jawapan yang meleret- leret dan tidak relevan dengan soalan yang ditanya.
  8.     Menggunakan dialek daerah. Ini sering dilakukan secara tidak sengaja oleh calon dan sila praktis penggunaan bahasa yang betul.
  9.     Menjawab soalan dengan menyentuh perkara-perkara yang sensitif dan berbaur politik ketika ditanya.
  10.     Bersikap agresif
  11.      Mengutuk atau menghina individutertentu
  12.      Bercakap terlampau laju
  13.     Menuding jari kepada panel
  14.     Memandang ke arah lain

SILA MEMBACA LAGI, KAMSAHAMIDA..

Tuesday, March 5, 2013

sajak untuk kekasih ( suka suka je )






assalamualaikum and salam sejahtera.. ehem2, testing suara..
ok larh post kali ni aku nak share pulak sajak2 yang sesuai di gunakan untuk "mengayat" kekasih korang.. hehe.. niy bagi yang tak reti bagaimana nak bersajak. yang dah reti x perlu guna.. haha =)

kalau kau jadik nasik, aku jadik periuk nasiknya.
kalau kau jadik kapal terbang, aku sure jadi juruterbangnya.
kalau kau jadik ais kacang, aku jadik gula merahnya.
kalau kau menjadi awan, aku menjadi rintik hujan.
kalau kau jadi sungai, aku akan jadik buaya.. erkk, ikan lah
kalau kau jadik buku, aku sebagai tulisannya.
kalau kau jadik bintang, tak syak lagi, aku lah astronominya.
kalau kau jadik hidung, aku redho jadik tahi hidung kau.
kalau kau jadik ayam, aku masak je kau.. masak lomak sodap jugak..
hehe =)

 so boleh la share mane2 yang patut, sharing is caring rite ?

 
 


SILA MEMBACA LAGI, KAMSAHAMIDA..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DILARANG MENG'COPY' KANDUNGAN DALAM BLOG INI !!